Thursday, May 01, 1997

...silverchair...



Mungkin mereka belum cukup umur untuk masuk ke Pub atau ke Kelab-kelab Malam, tetapi mereka sudah cukup matang untuk bersaing dalam industri muzik dunia. Album terbaru mereka, FREAKSHOW membuktikan yang kebolehan mereka seiring dengan kumpulan-kumpulan lain. Dalam usia 17 tahun, kebanyakan remaja lebih menumpukan kepada pelajaran dan kehidupan di Sekolah Menengah, tetapi tidak bagi Daniel Johns (Penyanyi, Gitar), Chris Joannou (Bass) dan Ben Gilles (Drum) yang telah menceburi bidang muzik. Daniel Johns yang bertindak sebagai penyanyi, pemain gitar, penulis lirik dan pencipta lagu untuk kumpulan itu berasa yakin yang dia sebenarnya seorang dewasa yang terperangkap di dalam tubuh remaja berusia 17 tahun. Dia tahu dia mempunyai bakat dan kebolehan semulajadi.

FREAKSHOW adalah album terbaik selepas FROGSTOMP. Lagu-lagu hits seperti "Pure Massacre", "Israel's Son" dan "Tomorrow" membuatkan mereka popular dan dikenali ramai. Namun begitu ada juga sesetengah remaja yang memberi gelaran negatif kepada mereka seperti "Silver Highchair" dan "Nirvana In Pijamas". Ikuti temuramah dengan Daniel Johns dan Chris Joannour mengenai...

ROTTW: APA AKAN TERJADI JIKA KESELURUHAN DUNIA MUZIK DIPELOPORI OLEH ORANG-ORANG SEBAYA ANDA?
DANIEL JOHNS: Dunia muzik akan hancur! Maksud saya, kehadiran anak-anak muda dalam industri muzik memang bagus, tapi kita perlukan orang yang lebih berpengalaman dalam bidang itu.
CHRIS JOANNOU: Ia mungkin menjadi satu anarki.

ROTTW: BERAPAKAH USIA ANDA KETIKA MULA-MULA MENCIPTA LAGU?
DJ: Lebih kurang 8 tahun.

ROTTW: ANDA INGAT LAGI TAK LAGU ITU?
DJ: Tidak, saya tak ingat. Ia hanyalah sebuah lagu rap yang ringkas.

ROTTW: JADI ANDA MENYUKAI MUZIK RAP?
DJ: Hanya pada ketika itu kerana saya tak pandai main alat muzik.

ROTTW: BERAPAKAH UMUR ANDA KETIKA ANDA MULA-MULA BERMAIN GITAR DAN BASS?
DJ: Saya berumur 12 tahun dan Chris pula berumur 13 tahun. Saya dan Ben mulanya selalu 'jam' bersama dan kami sedar yang muzik itu tak mungkin kedengaran bagus tanpa pemain bass. Chris tak pernah main bass, jadi saya suruh dia belajar bermain bass supaya dia dapat menyertai kami. Dia capai gitar bass dan mula belajar.



...pilihan pembaca...